Operasi Forensik PDRM Liputi Lingkungan 200 Meter Lokasi Nahas

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 11:49 PM

(Ubah saiz teks)

SEMENYIH: Operasi forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari kedua nahas helikopter terhempas dan terbakar di Kampung Sungai Pening, Jalan Sungai Lalang di sini hari ini meliputi keluasan lingkungan 200 meter dari lokasi kejadian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Beliau berkata, operasi hari ini melibatkan pemeriksaan dan penyiasatan di lokasi kejadian dan PDRM dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pasukan siasatan khas biro siasatan  kemalangan udara, Jabatan Penerbangan Awam dan anggota forensik PDRM.

Seramai 122 pegawai dan anggota dari pasukan keselamatan terlibat dalam operasi hari ini, jelas Abdul Samah.

"Operasi hari ini tamat pada kira-kira 7 malam ekoran faktor cuaca. Polis berpuas hati terutamanya dalam usaha mengesan cebisan mayat manusia. Esok akan terus kembangkan radius operasi. Kekuatan anggota akan ditambah berdasarkan keperluan semasa.

"Bagaimanapun dari segi serpihan lain helikopter, PDRM akan bincang dengan Jabatan Penerbangan Awam dan biro siasatan kemalangan udara esok kerana dari segi teknikal mereka yang kendalikan siasatan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lokasi nahas helikopter di sini Ahad.

Dalam kejadian pada 4.55 petang semalam, helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas dan terbakar di sebuah kebun getah di Kampung Sungai Pening, Jalan Sungai Lalang di sini.

Nahas itu mengorbankan enam orang termasuk Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alis.

Menurut Abdul Samah, operasi hari ini turut menemui lapan cebisan tisu dipercayai tisu manusia, selain cebisan gigi, tulang dan kulit.

Kawasan operasi seluas 200 meter hari ini dibahagikan kepada lima zon dengan pemeriksaan rapi dijalankan di kesemua zon. Operasi hari ini turut melibatkan empat ekor anjing pengesan iaitu dua ekor dari PDRM dan dua lagi dari JBPM, katanya.

Turut ditemui ialah cebisan kaki manusia dari paras buku lali ke bawah di samping 25 barangan peribadi termasuk kasut, kain, pakaian, songkok, beg tangan dan pelbagai barangan peribadi yang lain, katanya.

“Polis tidak menolak kemungkinan ada lagi cebisan mayat yang akan ditemui apabila bangkai dan serpihan helikopter berkenaan dialihkan selepas ini," jelas beliau.

Kata Abdul Samah, polis tidak dapat memberi jangka masa tertentu bila serpihan dan bangkai akan dialihkan dan semuanya bergantung kepada perbincangan dengan Jabatan Penerbangan Awam dan biro siasatan kemalangan udara esok. 

"Kawasan nahas akan terus dikawal rapi oleh Pasukan Gerakan Am sehingga polis berpuas hati dan pemeriksaan di lokasi nahas selesai," katanya.

Menyentuh mengenai siasatan PDRM, Abdul Samah menjelaskan setakat ini PDRM sudah merekodkan keterangan daripada enam orang awam dan dua orang pegawai dari syarikat Cempaka yang mengendalikan helikopter berkenaan.

Polis akan ambil keterangan beberapa orang awam lagi dan cuba dapatkan keterangan apa sebenarnya berlaku, katanya.

Beliau juga tidak menafikan kewujudan sebuah lagi helikopter pada jarak 11 kilometer dari helikopter malang itu.

"Polis sudah memanggil juruterbang itu dan akan menghubunginya lagi selepas ini untuk mendapatkan keterangan lanjut," katanya.

Menurut Abdul Samah, kewujudan sebuah lagi helikopter itu dikesan melalui radar, malah ketika kejadian juruterbang dari helikopter yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Gombak itu turut memaklumkan menara kawalan udara di Subang bahawa dia ternampak sebuah lagi helikopter sedang menjunam di kawasan nahas.

Katanya, setakat ini belum dapat disahkan sama ada sebuah lagi helikopter berada di depan atau di belakang helikopter malang berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan