Kotak hitam Helikopter Terhempas Ditemui - Polis

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 1:22 PM

(Ubah saiz teks)

SEMENYIH: Kotak hitam helikopter yang terhempas di sini petang Sabtu ditemui di lokasi utama kejadian pada pukul 11.30 pagi Ahad.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kotak hitam itu beradadalam keadaan baik dan sudah diserahkan kepada pasukan siasatan khas Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Ia disimpan di bilik khas bagi pasukan DCA untuk membuat analisis," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di Kampung Sungai Pening, di sini.

Selain kotak hitam, Abdul Samah berkata sehingga kini pasukan forensik dan pasukan siasatan khas DCA menemui isi perut dipercayai daripada manusia, gigi palsu dan beberapa barangan peribadi.

Katanya pencarian dilakukan dalam kawasan lingkungan 500 meter dari lokasi utama bangkai pesawat ditemui dan jika perlu pasukan itu akan memperluaskan kawasan pencarian sehingga mereka berpuas hati dengan bukti yang dikumpul.

"Cabaran utama kita ialah kawasan hutan berbukit bukau, ini akan mengambil sedikit masa namun apapun kami akan melakukan apa jua sebaik mungkin sehingga kami benar-benar berpuas hati segala bukti yang kami (polis dan DCA) perlukan dapat dikumpul," katanya.

Tags / Kata Kunci: kotak hitam helikopter , Dauphin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan