Keluarga Cuba Hubungi Telefon Bimbit Tan Selepas Tragedi

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 3:56 PM

Gambar fail: Mukhriz (tengah) dan Jamaluddin (dua, kanan) menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian antara PR1MA yang diwakili Abdul Mutalib (kiri) dengan S P Baiduri Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya, Datuk Tan Huat Seang di Petaling Jaya, tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sejurus selepas berita nahas helikopter di Semenyih pada petang Sabtu tersebar yang turut meragut nyawa ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, ada di kalangan anggota keluarga terdekatnya cuba menghubungi telefon bimbitnya, kata seorang kenalan rapat keluarga mendiang.

"Mereka cuba menelefon telefon bimbitnya malam tadi apabila berita mulai tersebar kemungkinan beliau turut sama berada di dalam helikopter malang itu," kata seorang kenalan rapat keluarga Tan yang enggan mendedahkan identitinya bagi menghormati keluarga Tan kepada media semalam.

"Panggilan telefon itu berdering, tetapi malangnya tiada sebarang jawapan," katanya.

Sekumpulan media tempatan mula berkumpul di hadapan kediaman keluarga Tan di Taman Golf di sini, sejurus selepas berita tentang kemungkinan beliau turut terlibat di dalam kemalangan helikopter yang mengorbankan lima yang lain. 

Suasana sedih dan muram menyelubungi rumah banglo dua tingkat milik keluarga ahli perniagaan itu yang terletak di kawasan perumahan eksklusif di sini, dengan ketibaan anggota keluarga terdekat dan sahabat-handai serta rakan perniagaannya.

"Isteri Datuk Tan masih berada di rumah bersama anak perempuannya, manakala anak lelakinya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat terkini tentang nasib yang menimpa bapanya," menurut seorang anggota keluarga terdekat.

Beliau berkata, isteri Tan dan anak perempuannya berada di dalam keadaan yang amat sedih berikutan kejadian itu dan enggan bertemu dengan sekumpulan wartawan yang berkumpul di hadapan rumahnya sejak malam tadi.

"Beliau (isteri Tan) dan anak perempuannya terlalu sedih dengan apa yang telah terjadi," katanya. 

Menurut kenalan keluarga itu lagi, Tan telah berada di Kuala Lumpur semenjak seminggu lepas atas pelbagai urusan perniagaan dan dijangka pulang ke Alor Setar hari ini.

"Tan sepatutnya pulang hari ini untuk urusan di Alor Setar," katanya.

Tan mengetuai syarikat pemaju perumahan SP Baiduri Sdn Bhd, yang menjalankan pelbagai projek perumahan di Kedah termasuk projek di bawah Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di Sungai Petani.

Syarikatnya yang berpangkalan di Sungai Petani difahamkan sedang membina lebih daripada 1,000 pelbagai unit kediaman di bawah Program PR1MA itu di Sungai Petani.

Turut sama terkorban di dalam kemalangan helikopter semalam itu adalah Pengerusi Perbadanan PR1MA Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.
Tags / Kata Kunci: Tan Huat Seang , nahas helikopter

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan