Tragedi Semenyih: Juruterbang Helikopter Lain Nampak Letupan - Polis

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 10:40 PM

Helikopter Dauphin

(Ubah saiz teks)

SEMENYIH: Polis akan mengambil keterangan daripada seorang juruterbang helikopter lain yang terbang kira-kira 11 kilometer dari helikopter yang terhempas di Semenyih pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, juruterbang helikopter itu telah memaklumkan kepada Kawalan Trafik Udara (ATC) di Subang, melihat helikopter Dauphin 2 AS365 meletup di udara kira-kira pukul 5 petang.

Beliau berkata helikopter itu sedang membawa penumpang dari Johor Baru ke Gombak.

"Ia telah disahkan, ya, terdapat helikopter lain di kawasan itu semasa kejadian.

"Mereka kebetulan berada di kawasan yang sama apabila helikopter malang itu terhempas. Ia terbang kira-kira 11km dari helikopter yang terhempas.

"Kami telah mengenal pasti juruterbang tersebut dan kita telah memanggil beliau untuk memberikan kenyataan berhubung apa yang telah dilihatnya," kata Abdul Samah kepada pemberita di kawasan lokasi kemalangan, malam Ahad.
Tags / Kata Kunci: nahas SEmenyih , Dauphin 2 AS365 , ATC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan