Jenazah Jamaluddin Jarjis Dikebumi Selepas Asar - Anak

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih petang Sabtu akan disemadikan di Makam Masjid Negara, di sini selepas solat Asar.

Anak sulungnya, Ikhwan Hafiz berkata jenazah bapanya akan dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pukul 11.35 pagi Ahad. 

Beliau berkata jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Taman TAR, Ampang sebelum dibawa ke kediamannya di The Mines Sri Kembangan.

"Jenazah akan disemadikan selepas solat Asar di Makam Masjid Negara," katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan jabatan forensik HKL disini, pada Ahad. 

Pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dilihat bersiap sedia engiringi jenazah Anggota Parlimen Rompin itu yang juga bekas Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat.

Antara kenamaan lain yang hadir di jabatan forensik termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Jamaluddin, 64 yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empatorang lagi terkorban apabila helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang Sabtu.


Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan