Dedikasi Jamaluddin Jarjis Bantu Perkukuh Hubungan Malaysia-AS

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 12:35 PM

Jamaluddin Jarjis ketika melakukan kunjungan hormat ke pejabat Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama apabila memulakan tugas selaku Duta Besar Malaysia ke negara itu pada 2009.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang terkorban bersama lima yang lain dalam nahas helikopter di Semenyih petang semalam, adalah tokoh yang amat tekun memperjuangkan kepentingan Malaysia melalui kesungguhannya dalam usaha meningkatkan hubungan antara negara ini dengan Amerika Syarikat.

Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Y. Yun berkata komitmen dan dedikasi Jamaluddin yang tidak pernah luntur itu akan dikenang selama-lamanya.

"Hubungan dua hala yang begitu kukuh antara kita, sebahagian besarnya adalah hasil daripada kreativiti, kegigihan dan wawasan beliau," katanya dalam ucapan takziah kedutaan itu yang disiarkan dalam laman sesawangnya malam tadi.

Laman itu juga menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan Presiden Barack Obama dan Jamaluddin, dengan kapsyen, 'Presiden Barack Obama bersama Tan Sri Jamaluddin Jarjis, bekas duta Malaysia ke Amerika'.

Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai mereka yang terkorban dalam nahas itu.

Doa dan harapan kami sentiasa mengiringi mereka pada detik-detik yang memilukan ini," katanya.

Helikopter AS365N2 Dauphin itu, yang dinaiki enam orang, terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih dekat sini pada 4.55 petang semalam.

Nama yang terkandung dalam senarai daftar penerbangan pesawat itu ialah Kapten Clifford William Fournier; Pembantu Operasi Aidana Baizieva; Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran; Datuk Seri Azlin Alias dan Datuk Tan Huat Seang.

Mayat kesemua mangsa dibawa keluar dari tempat kejadian pada kira-kira 11.30 malam tadi sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan proses pengecaman.

Tags / Kata Kunci: Jamaluddin Jarjis , Joseph Y.Yun

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan