Ingat Pesan Bapa Selamanya - Amirul Akmal

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 5:22 PM

Amirul Akmal bersama Azlina dan Aisya ketika pengebumian Azlin di Tanah Perkuburan Islam Batu 13 Jalan Cheras, petang Ahad.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Amirul Akmal akan mengingati pesanan bapanya, Allahyarham Datuk Azlin Alias supaya belajar bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik ketika menduduki peperiksaan bulan depan.

Mengimbas kembali perbualan terakhirnya bersama insan tersayang itu, remaja berusia 19 tahun itu berkata, perbualan pada Selasa malam itu akan kekal dalam kotak ingatannya selama-lamanya.

"Saya menerima panggilan telefon pada Selasa malam dan kami berbual mengenai peperiksaan yang akan saya duduki.

"Bapa berpesan kepada saya supaya belajar bersungguh sungguh dan membuat yang terbaik untuk peperiksaan," kata anak kedua Allahyarham ketika ditemui selepas majlis pengebumian selesai.

Amirul Akmal kini mengikut pengajian di peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM, manakala abangnya sulungnya, Amir Ashraf yang kini menuntut di Manchester, United Kingdom dalam bidang perakaunan dijangka tiba pada pukul 5 petang, Ahad.

Selain dua anak lelaki itu, Allahyarham Azlin meninggalkan isteri, Datin Azlina Mohamad, 48 dan anak perempuan tunggal, Aisha Maryam, 14.

Azlin, 47 yang juga Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada petang Sabtu.

Jenazah Azlin selamat dikebumikan pada pukul 2.35 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 13, Jalan Cheras dekat sini.

Terdahulu, jenazah dibawa ke tanah perkuburan setelah selesai solat jenazah di Surau Saujana Impian yang diimamkan Imam Masjid Putrajaya Abdul Manaf Mat.

Turut memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta pegawai di pejabat Perdana Menteri.

Tags / Kata Kunci: Amirul Akmal , Azlin Alias , helikopter , Semenyih

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan