Anwar 'Bebas' Hampir Lima Jam

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 5:49 PM

Anwar turut mengusung jenazah bapanya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramai.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Susulan kematian bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh 'dibebaskan' hampir lima jam oleh Jabatan Penjara.

Bekas Ketua Pembangkang itu mendapat pelepasan berkenaan bagi menziarahi bapanya, Allahyarham Datuk Ibrahim Abd Rahman, 96, yang meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Ahad.

Jenazah Allahyarham yang juga bekas Ahli Parlimen pada 1956 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramai, petang Ahad.

Anwar yang dibenarkan untuk menziarahi dan menghadiri pengebumian bapanya turut mengusung jenazah ke tanah perkuburan pada pukul 2.15 petang sehingga selesai kira-kira sejam kemudian.

Anwar (tiga dari kiri) menunaikan solat jenazah untuk arwah bapanya.

Sepanjang proses pengebumian, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulung mereka, Nurul Izzah Anwar kelihatan sugul namun tenang.

Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sepanjang berada di tanah perkuburan itu, Anwar yang dikawal ketat pegawai Jabatan Penjara bagaimanapun dilihat bebas untuk bersalaman dan berbual dengan ahli keluarga dan orang ramai yang memenuhi lokasi berkenaan.

Turut bersama Anwar ialah Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution.

Anwar tiba di rumah bapanya di Country Height kira-kira pukul 10.40 pagi Ahad.

Terdahulu Anwar yang memakai baju melayu putih diiringi anggota dan pegawai Penjara Sungai Buloh tiba di kediaman bapanya di Country Heights pada pukul 10.40 pagi.

Beliau berkesempatan membaca surah yasin kepada arwah dan menemui ahli keluarga serta kenalan yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada bapanya sebelum dibawa ke penjara semula pada pukul 3.17 petang.

Antara yang hadir menziarahi arwah bapanya ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; bekas Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta Ahli Parlimen PAS kawasan Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan