Jenazah Bapa Anwar Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 11:05 AM

Anwar mengusung jenazah bapanya ke Tanah Perkuburan Sungai Ramal untuk disemadikan petang Ahad.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman bapanya, Allahyarham Datuk Ibrahim Abd Rahman di Pinggir Pelangi Pagi, Country Heights di sini dengan diiringi pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara, kira-kira pukul 10.40 pagi Ahad.

Beliau yang tiba dengan memakai baju melayu serba putih di sambut anak ketiganya, Nurul Nuha Anwar, saudara mara serta kenalan yang menunggu di pekarangan rumah itu.

Bekas Ketua Pembangkang itu dilihat sempat bersalaman dan memeluk beberapa kenalannya sebelum masuk ke rumah.

Anwar membacakan surah yasin kepada bapanya yang meninggal dunia pada awal pagi Ahad. 

Allahyarham Ibrahim meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 pagi Ahad.

Jenazah bekas Ahli Parlimen di Pulau Pinang selama 10 tahun itu dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Ramal, pada pukul 2.15 petang. Van jenazah itu diikuti kenderaan penjara yang membawa Anwar untuk upacara pengebumian itu.

Anwar juga berkesempatan mengusung keranda jenazah bapanya ke tanah perkuburan itu, sehingga pengebumian selesai selepas sejam dan dibawa semula ke Penjara Sungai Buloh pada pukul 3.17 petang.

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh bagi menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut meluangkan masa menziarahi jenazah.

Sementara itu, peguam Anwar, N Surendran ketika ditemui berkata, anak guamnya itu dibenar untuk mengiringi jenazah bapanya ke tanah perkuburan sehingga selesai urusan pengebumian.

"Ya sudah pasti...beliau boleh ke kubur sampai semuanya selesai. Tiada halangan untuk beliau.

"Pengarah Penjara Sungai Buloh, Datuk Narender Singh turut berada disini. Tak ada masalah untuk itu," katanya yang juga Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Padang Serai.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar baru tiba di kediaman datuknya kira-kira pukul 12 tengah hari.

Anak sulung Anwar itu baru tiba dari Jakarta, Indonesia kerana menghadiri program di sana.



Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Kajang , Ibrahim Abd Rahman

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan