Dr M: 'Projek IC' Sabah Sah

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 5:20 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah wajar untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah jika mereka menetap di Malaysia selama bertahun-tahun dan hidup seperti orang tempatan.

Bekas perdana menteri itu pada Sabtu berkata, bahawa adalah menjadi dasar kerajaan mengiktiraf orang yang setia kepada negara ini dan menurutnya tidak adil untuk menafikan hak anak-anak mereka untuk bersekolah di Malaysia.

"Orang-orang ini, terutama kaum Bajau menganggap Filipina dan Sabah sebagai rumah mereka ketika belum ada sempadan.

"Apabila sempadan diwujudkan, masyarakat Bajau dari Filipina terus tinggal di Sabah dan hidup di sana selama 30 tahun.

"Tetapi mereka tidak dianggap sebagai rakyat Malaysia dan anak-anak mereka tidak boleh pergi ke sekolah. Mereka bercakap bahasa yang sama dan hidup seperti penduduk tempatan, jadi ia tidak adil," kata Dr Mahathir, semasa sesi soal jawab di persidangan kepimpinan 'What Youth Should Know' di sini, Sabtu.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai kontroversi 'Projek IC' di Sabah oleh seorang peserta dari Sabah, yang berlaku semasa tempoh beliau sebagai Perdana Menteri.

"Adalah menjadi dasar Kerajaan untuk mengiktiraf orang-orang yang setia kepada negara ini. Bezanya mereka tidak mempunyai sijil kerakyatan. Mereka berhak untuk diberi kewarganegaraan.

"Bagaimanapun dalam tempoh itu, ada beberapa pegawai di Jabatan Imigresen melihat peluang untuk mengaut keuntungan dengan menjual kad pengenalan. Di sinilah punca masalah berlaku, dan bukan menjadi dasar kerajaan untuk menjual IC.

"Tetapi orang-orang ini telah ditangkap dan didakwa. Ini ada dalam rekod," katanya.

Tags / Kata Kunci: Projek IC Sabah , Dr Mahathir Mohamad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan