Azmin - Ongkili Bincang Penstrukturan Semula Air Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 3:05 PM

Mohamad Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengenai penstrukturan semula industri bekalan air Selangor, minggu depan.

Katanya, perbincangan peringkat pegawai kerajaan bagaimanapun telah bermula lebih awal iaitu dua minggu lepas di antara delegasi kerajaan negeri yang diketuai setiausaha kerajaan negeri.

"... kerajaan negeri Selangor sememangnya mahu dan kami menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan rundingan, dengan syarat ia mestilah berpegang kepada terma dan syarat perjanjian asal," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Blok A Pusat Pemborong GM Klang di sini Sabtu.

Pada 25 Mac lepas, Ongkili menegaskan pihaknya masih mengekalkan terma perjanjian utama tersebut selepas berbincang dengan kerajaan Selangor pada 23 Mac lepas.

Beliau menyatakan status dua aset tanah di Bukit Nanas dan Semenyih yang terlibat dalam perjanjian utama itu akan ditentukan selepas perbincangan seterusnya antara kedua-dua belah pihak.

Selasa lepas, kerajaan negeri Selangor mendakwa Kerajaan Persekutuan cuba mengambil alih keseluruhan jajaran 26,000 kilometer aset paip air termasuk tanah walaupun bercanggah dengan perjanjian utama penstrukturan semula perkhidmatan air negeri ini.

Mohamed Azmin mendakwa tindakan Kerajaan Persekutuan itu menjadi punca pihaknya sebelum ini membatalkan rundingan penstrukturan yang ditandatangani bersama pada 12 September 2014 sebelum bersetuju untuk berunding semula pada 23 Mac lepas.

Mengulas mengenai kerusi parlimen Permatang Pauh, Mohamed Azmin memberitahu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi calon untuk bertanding kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, nama calon berkenaan terlebih dahulu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum ia diumumkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Rabu lepas mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen bagi kawasan Permatang Pauh pada 16 Mac lepas selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon melalui keluarganya pada 24 Februari lepas.

Tags / Kata Kunci: perjanjian air , Selangor , Azmin Ali

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan