Najib, Rosmah Adakan Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Di Pekan

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 5:25 PM

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan ceria ketiga bergambar bersama 'Raja Sehari' Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayer pada majlis resepsi pasangan mempelai di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Meskipun cuaca panas terik dengan suhu mencecah 34 darjah Celcius, namun ia tidak menghalang ribuan tetamu memeriahkan majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, Sabtu.

Seawal 10 pagi, orang ramai dari sekitar daerah ini mula membanjiri taman tasik itu untuk meraikan perkahwinan Nooryana Najwa dan Daniyar Kessibayev.

Hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa termasuk makanan tradisi Pahang, tapai pulut, puding raja, qasidah, kuih bakar dan opor daging, selain nasi minyak.

Mereka turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal tanah air Datuk Jamal Abdillah, Haziq AF4 dan Syafinaz Selamat, selain persembahan anak-anak Permata Seni Koir dan Seni Tari.

Najib dan Rosmah, yang tiba setengah jam awal daripada pasangan pengantin, sempat beramah mesra dengan tetamu dan orang ramai pada majlis itu, yang diadakan khas untuk menghargai penduduk dan pengundi daerah Pekan itu.

Pasangan pengantin itu, yang dinikahkan Najib pada 19 Mac lepas di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, di Putrajaya, tiba tepat 1.40 petang dengan berpakaian sedondon ungu terang.

Mereka kemudian diiringi dengan paluan gendang silat Pahang sebelum diarak ke pelamin diikuti majlis tepung tawar yang dimulakan oleh Timbalan Yang diPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hasan.

Ia disusuli oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed sebelum diakhiri oleh Najib dan Rosmah.

Dalam ucapannya kemudian, Najib berterima kasih kepada hadirin yang meraikan perkahwinan anak perempuan dan menantunya itu.

"Sebelum ini, saya mengadakan majlis di Kuala Lumpur untuk raikan pasangan pengantin. Namun, tidak lengkap dan sempurna jika majlis ini tidak diadakan di Pekan sebab ia kawasan yang diwakili oleh saya sebagai Anggota Parlimen.

"Pekan juga tempat asal turun temurun saya dan keluarga, maka tepat sekali majlis ini diadakan kerana saya dapat peluang meraikan rakyat, saudara mara dan sahabat handai serta pengundi di Pekan yang telah beri sokongan padu pada saya selama ini," katanya.

Menurutnya, majlis itu juga mempunyai keunikan tersendiri kerana diadakan secara gotong-royong oleh orang kampung dengan pelbagai pihak turut menyumbang termasuk Umno bahagian dan badan-badan bukan kerajaan (NG0).

Najib turut mengakui tidak menyangka anak perempuannya itu akan bertemu jodoh dengan jejaka Kazakhstan namun, menegaskan ia tidak mustahil dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan pada masa kini.

"Inilah agaknya peredaran zaman tidak dapat dielakkan. Kalau dahulu, orang Pekan kahwin orang Kedah atau Kelantan dah macam nak kahwin orang luar negara.

"Tetapi dengan dunia globalisasi dan dunia tanpa sempadan kini, ramai anak-anak yang melangkaui sempadan untuk cari pasangan pilihan," katanya.Perdana menteri berkata, anak perempuannya, yang mesra dipanggil Gina, bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Majlis resepsi sebelum ini diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre dan Pusat Dagangan Dunia Putra.

Nooryana dan Daniyar, masing-masing berusia 27 tahun, bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat dan mengikat tali pertunangan sejak 2011. -- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan