PM Perlu Jawab Kritikan, Persoalan Tun M - KJ

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 2:10 PM

Tun Dr Mahathir dan Najib bersama Khairy pada acara akhir perlumbaan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015, di Dataran Merdeka, pertengahan Mac lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk kenyataan menerusi blog chedet.cc pada Khamis, Khairy berkata, mengambil sikap tidak mempedulikan semua persoalan itu bukan satu pilihan.

"Saya fikir, jika kita tidak hiraukan hal ini keadaan akan menjadi lebih buruk. Walaupun jika kita rasakan isu yang ditimbulkan itu sudah dijawab, ia perl dijawab lagi dengan lebih terperinci," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Himpunan Belia Menangani Gejala Ekstremisme, Sabtu.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, sokongan tetap diberikan terhadap Najib dan pandangan Dr Mahathir bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah pada Pilihan Raya Umum  (PRU) akan datang sememangnya tidak dipersetujui.

Dr Mahathir menerusi blognya mendakwa rakyat dari pelbagai kaum kini tidak lagi yakin dengan kepimpinan Najib kerana beliau tidak menjawab pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Antaranya membabitkan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibuu, kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembelian jet peribadi untuk kegunaan VVIP.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan