Tubuh Mahkamah Sesyen Khas Antipencatutan - Hasan Malek

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 2:57 PM

Hasan (tengah) memukul rebana ubi bagi merasmikan Persidangan Berkelompok Cawangan UMNO bahagian Pasir Puteh, Sabtu. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh yang juga Anggota DUN Semerak, Zawawi Othman (kanan).

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Kerajaan telah menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Antipencatutan bagi mengendalikan kes berkaitan dengan kesalahan mencatut atau mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata mulai 1 April lepas, semua kes bagi kesalahan mencatut boleh didaftar dan dibicarakan di mahkamah berkenaan yang terdapat di setiap negeri.

"Ini bagi memastikan kes-kes bersabit dengan kesalahan mencatut dapat dipantau dan diselesaikan dengan efisien," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan UMNO Bahagian Pasir Puteh di sini, Sabtu.

Hasan, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata pendakwaan kes yang berkaitan kesalahan mencatut akan dikendalikan pegawai pendakwa bahagian penguatkuasa KPDNKK dan dibantu timbalan pendakwa raya daripada bahagian undang-undang kementerian itu.

Beliau berkata, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, individu yang didapati bersalah membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah dalam menjual atau membekal barangan boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya denda sehingga RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," kata Hasan.

Beliau berkata, syarikat yang melakukan kesalahan sama boleh didenda sehingga RM500,000 bagi kesalahan pertama dan atau RM1 juta bagi kesalahan seterusnya.

Hasan berkata, orang ramai yang mengesan peniaga yang cuba mengambil kesempatan termasuk dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan mulai 1 April lepas, untuk mengaut keuntungan berlebih boleh melaporkan kepada pejabat KPDNKK untuk tindakan.

"Untuk tempoh semalam sahaja (Jumaat) pihak KPDNKK telah membuat pemeriksaan ke atas 6,621 premis perniagaan di seluruh negara dan mengesan 16 kes mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sejak Ops Catut dilaksanakan pada 15 Jan lepas sehingga semalam, sebanyak 619,854 pemeriksaan premis telah dilakukan dan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,932 dengan nilai rampasan berjumlah RM495,292 dan nilai keseluruhan kompaun RM339,366.-- Bernama


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan