Keadaan Kesihatan Yang Di-Pertuan Agong Tidak Membimbangkan - MB

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 2:16 PM

Mukhriz Tun Mahathir.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Sultan Kedah, adalah stabil dan tidak membimbangkan, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

"Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak sihat... (ini) biasa sahaja. Tidak seteruk yang digembar-gemburkan melalui SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang saya tidak pasti dari mana datangnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Anak Yatim Baitul Zainab di sini Sabtu.

Mukriz berkata doa ke atas kesihatan dan kesejahteraan Sultan Kedah adalah perkara biasa yang dilakukan dan sentiasa disyorkan di kalangan rakyat Kedah.

"Tapi tak perlu sampai tahap panik, kerana kita mempunyai doktor-doktor yang sentiasa menjaga kesihatan baginda.

"Dalam pengetahuan saya, keadaan baginda stabil dan tak membimbangkan," kata Mukhriz ketika mengulas khabar angin tersebar semalam yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan gering.

Terdahulu, dalam kenyataan yang dikeluarkan di Alor Setar, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Mohd Puat Mohd Ali menafikan khabar angin yang disebarkan pihak tertentu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang gering.

Mohd Puat melahirkan rasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil menyebarkan fitnah bahawa Seri Paduka telah gering dan rebah di istana.

"Berita ini timbul apabila ada permintaan supaya diadakan majlis bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Duli Tuanku di Kedah.

"Majlis bacaan Yasin ini lazim diadakan di Kedah kerana rakyat Kedah menyayangi Duli Tuanku," katanya.

Mohd Puat turut mendoakan semoga Allah SWT menganugerahkan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah umur yang panjang dan sihat sejahtera.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan