Husam Akui Dalam Dilema Tanding Jawatan No.1

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 2:59 PM

Husam Musa.

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengakui dirinya kini dalam dilema dengan keputusan beberapa PAS kawasan yang mencalonkannya bagi jawatan Presiden PAS pada pemilihan parti itu akan datang.

Husam berkata pada masa yang sama beliau perlu memikirkan perasaan dan hak anggota parti yang telah membuat pencalonan itu walaupun dirinya masih berbelah bahagi untuk memberikan kata putus.

"Memang saya dalam keadaan dilema. Saudara tidak perlu bertanya panjang-panjang (mengenai perkara itu).

"Ini masa ahli menyuarakan perasaan mereka. Saya sebagai pemimpin tidak boleh bertindak atas diri saya sendiri," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Segamat di sini, Sabtu.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Mashod.

PAS kawasan itu pada Sabtu mencalonkan Husam bagi jawatan Presiden PAS manakala Mohamad Sabu dicalonkan untuk terus kekal bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Tiga Naib Presiden pula, kawasan itu mencalonkan Dr Dzulkefly Ahmad, Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Dr Mujahid Yusof.

Mengulas perkara itu, Husam yang merupakan bekas Exco kerajaan Kelantan berkata buat masa ini biarlah anggota parti membuat keputusan masing-masing dan apabila tiba masanya kelak, beliau akan membuat keputusan muktamad mengenainya.

"Tidak semestinya saya membuat keputusan itu sekarang. Jika saya kata tidak bertanding saudara kena fikirkan perasaan ahli. Apa kata mereka. Ini masa untuk ahli suarakan hak mereka.

"Saya sendiri pun tidak pernah menghitung berapa jumlah pencalonan untuk saya sehingga kini. Saya sendiri tidak pernah mempunyai sebarang rencana politik," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam yang mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno, Husam berkata: "Saya tidak periksa kenyataan beliau (Mohd Amar) betul atau tidak berkata begitu."Saya takut salah petik nanti tidak adil kepadanya. Kalau siasat dan betul kata begitu, baru saya akan komen," katanya.

Mohd Amar dilaporkan berkata bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Tags / Kata Kunci: PAS , Husam Musa

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan