Hudud: Jangan Babitkan Doktor - KP Kesihatan

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 9:46 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Doktor diingatkan supaya mengangkat sumpah Hippocratic dengan serius dan tidak melakukan sebarang kemudaratan kepada orang ramai berkaitan usaha Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sumpah tersebut memerlukan doktor untuk merawat dan bukan melakukan sebaliknya.

"Sumpah kami adalah yang pertama tidak melakukan sesuatu yang membahayakan," katanya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam juga berkata kementerian itu tidak akan membenarkan doktor untuk melaksanakan pemotongan tangan terhadap penjenayah.

Dr Noor Hisham dan Dr Subramaniam berkata demikian bagi mengulas kenyataan dalam sebuah portal berita yang memetik ahli jawatankuasa pelaksanaan hudud Kelantan, Dr Azhar Abdullah yang berkata kerajaan negeri itu mungkin mengupah doktor beragama Islam untuk melaksanakan pemotongan tangan dibawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II).

Dr Azhar mendakwa seorang pakar bedah dan pakar bius sudah menyatakan kesediaan mereka untuk menjalankan tugas tersebut.

Dr Noor Hisham berkata doktor tidak perlu melakukan kerja pemotongan tangan tersebut.

"Ia sepatutnya dilakukan oleh seorang yang ditugaskan untuk menghukum pesalah," katanya.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Adeeba Kamarulzaman turut mengesa doktor untuk membuat pertimbangan sewajarnya sebelum terlibat dalam pelaksanaan hudud.

Beliau berkata negara ini tidak memenuhi prasyarat yang dikehendaki Islam untuk pelaksanaan hudud seperti kesaksamaan, keadilan dan belas kasihan.

"Terlalu banyak ketidakadilan dan ia tidak adil kepada golongan miskin dan kemah," kata Dr Adeeba yang merawat dan memberi kaunseling kepada ramai penagih dadah dan pesakit HIV.

Tags / Kata Kunci: hudud , doktor , Kelantan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan