Caj Vep RM20 Bermula 1 Ogos Ini - Abdul Aziz

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 12:07 PM

Kenderaan yang menggunakan Tambak Johor akan turut dikenakan caj VEP mulai 1 Ogos ini.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pelaksanaan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 bagi setiap kenderaan asing yang masuk ke Malaysia dari Singapura, dijangka bermula 1 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kerajaan kini dalam proses perolehan dan pemasangan alat di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

"Ini kali pertama Malaysia akan melaksanakan sistem caj ini dan sudah pasti ia akan mengambil masa dari aspek perolehan dan pemasangan alat.

"Kadar caj pula akan kekal pada RM20 seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini kerana jumlah itu dianggap relevan," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta 'Funride and Criterium Road Race' yang diadakan sempena Kemahkotaan Sultan Johor di Dataran Bandaraya, di sini, Sabtu.

Abdul Aziz berkata, caj VEP akan turut dikenakan ke atas kenderaan asing dari pintu masuk lain seperti Thailand sebagai usaha penyelarasan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan berbincang dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan lebih mendalam mengenai penangguhan kenaikan tambang bas ekspres.

Beliau berkata, ia bagi memastikan kenaikan berkenaan relevan dengan keadaan semasa dan pada masa sama tidak membebankan pengguna.

"Kementerian akan membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam dengan 'stakeholder' lain agar kenaikannya tidak membebankan rakyat," katanya.

Sementara itu, Jelajah Kemahkotaan Johor 2015 yang diadakan sejak 31 Mac lalu sempena Kemahkotaan Sultan Johor memasuki acara terakhir dengan penganjuran Funride  and  Criterium Road Race yang diadakan dalam tiga kategori dan disertai lebih 50 peserta.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: VEP , Abdul Aziz Kaprawi , Tambak Johor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan