Kastam, KPDNKK Diminta Tangani Segera Aduan GST - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 4:39 PM

Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menyaksikan anak mereka Najwa, 28, dan pasangannya Idris Koh Keng Hui,29, berbalas suapan pulut kuning sebagai tanda kesyukuran pada majlis persandingan kedua mempelai di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)diminta menangani setiap aduan pengguna berkaitan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang kini masuk hari keempat pelaksanaannya, dengan seberapa segera.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini boleh dilakukan termasuk menambah bilangan pegawai dan kakitangan bagi kedua-dua agensi itu bagi memastikan aduan setiap pengguna mendapat perhatian sewajarnya  sekali gus melancarkan pelaksanaan sistem cukai itu.

"Bagaimanapun, setiap satu aduan yang dibangkitkan pengguna ini kita tidak pandang remeh kerana bagi kita, ia penting untuk kita mendapat maklum balas.

"Memang pun di peringkat awal, seperti yang saya sebutkan tadi, kita ketahui akan timbul beberapa permasalahan berbentuk aduan daripada pengguna antaranya bagaimana GST dilakukan," kata beliau kepada pemberita selepas majlis resepsi anaknya Najwa dan pasangan, Idris Koh Keng Hui, di Kompleks Seri Pekembar, di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata, demikian ketika mengulas aduan pengguna selepas empat hari pelaksanaan GST yang bermula 1 April.

Muhyiddin berkata, Kabinet telah pun diberi laporan semalam daripada Kementerian Kewangan termasuk dua agensi utama yang terlibat dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan GST berhubung jumlah aduan yang diterima daripada pengguna.

"Oleh sebab itu, kita akan memberikan perhatian yang serius. Ini satu perkara yang kita tidak boleh pandang remeh.

"Setiap satu aduan itu ada sebab munasabahnya dan pengguna memang kita harapkan memberikan maklum balas dalam pelbagai bentuk," kata beliau.

Beliau berkata, masih ada aduan daripada pengguna yang menelefon pusat panggilan aduan yang dibuka sepanjang masa tetapi lambat dilayan disebabkan kekurangan kakitangan.

Muhyiddin turut menasihatkan pengguna agar terus memberikan maklum balas agar tindakan sewajarnya boleh dibuat dan tidak terlalu panik seolah-olah sistem percukaian ini tidak boleh dilaksanakan.

Muhyiddin berkata, di peringkat awal pelaksanaan memang dijangka akan menghadapi sedikit kesulitan dan ini adalah biasa bagi semua negara yang telah melaksanakan sistem GST ini.

Beliau berharap apabila pelaksanaan GST mulai stabil, aduan dijangka berkurangan.

Semalam, hari ketiga pelaksanaannya, kira-kira 800 laporan berkenaan GST telah diterima.

Sementara itu, kira-kira 10,000 tetamu termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Aziz dan Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsudin, menghadiri resepsi perkahwinan anak ketiga Muhyiddin.

Najwa, dan pasangannya Idris  menabur 'duit berkat' kepada tetamu pada majlis resepsi pasangan mempelai di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, Sabtu.

Terdahulu, dalam ucapan ringkasnya, Muhyiddin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada dif-dif kehormat serta hadirin yang meluangkan masa menghadiri hari bahagia anaknya dan pasangannya.

Beliau turut mengalu-alukan Idris Koh sebagai menantu ketiga dan turut menasihati kedua-duanya serta meminta tetamu sama-sama mendoakan agar mereka berbahagia dan tabah dalam melayari bahtera perkahwinan.

"Dengan termeterainya ikatan sebagai suami isteri, ayah dan mama berdoa agar Najwa dan Idris dikurniakan keluarga sakinah atau keluarga bahagia yang aman dan tenteram serta disulami dengan mawaddah wa rahmah, iaitu perasaan cinta dan kasih sayang yang mendalam antara satu sama lain," kata Muhyiddin dengan nada sebak.

Nasihat Muhyiddin itu turut diselitkan beberapa rangkap pantun nasihat dan harapan.

Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan kepada isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman atas pengorbanan beliau dalam menjaganya dan anak-anak sepanjang perkahwinan mereka lebih 43 tahun. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: GST , Kastam , KPDNKK , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan