Agong Jalani Pemeriksaan Di IJN, Berkeadaan Baik - Berita Semasa | mStar

Agong Jalani Pemeriksaan Di IJN, Berkeadaan Baik

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), menurut Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman berkata kesihatan baginda adalah baik.

"Istana Negara mengucapkan terima kasih atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Seri Paduka Baginda Tuanku," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan