USM Serap GST, Tiada Kenaikan Kos Termasuk Yuran - Naib Canselor - Berita Semasa | mStar

USM Serap GST, Tiada Kenaikan Kos Termasuk Yuran - Naib Canselor

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil langkah menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan memberi jaminan tiada kenaikan kos perkhidmatan dan yuran buat masa ini.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Omar Osman berkata pihak pengurusan sedang dalam proses memahami pelaksanaan CBP dan berusaha sebaik mungkin untuk tidak membebankan pelajar serta pesakit yang menerima rawatan di Hospital USM (HUSM) Kubang Kerian.

"Pentadbir universiti masih dalam proses memahami apa yang perlu atau tidak perlu dikenakan (GST) dan kami perlu melihat impaknya untuk tempoh beberapa bulan lagi kerana ia melibatkan pelbagai pihak.

"Kami juga sedang berusaha mendapatkan pengecualian (GST) untuk HUSM yang berperanan sebagai hospital pengajaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kerjaya dan Pendidikan (Ekspen) di kampus induk USM, di sini, Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya turut menubuhkan Bilik Gerakan GST@USM di Jabatan Bendahari dan Seksyen Kewangan universiti itu dan tiga lagi cawangan kampusnya yang akan beroperasi hingga 31 April ini dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Katanya, bilik gerakan itu diharap dapat membantu dan memberi maklumat berkaitan sistem cukai baharu berkenaan selain menjelaskan kekeliruan warga kampus, pembekal dan kontraktor terlibat.

Beliau turut memohon pengusaha kantin dan kafeteria supaya tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya dan meminta warga kampus memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya terdapat peningkatan caj yang tidak munasabah.

"Pihak universiti akan memantau perkara ini dan meminta kerjasama semua pihak dalam mengurangkan kegelisahan warga kampus sekali gus tidak mengganggu persekitaran dan tumpuan belajar penuntut," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Omar berkata Eskpen yang dikendalikan Majlis Perwakilan Pelajar USM itu akan berlangsung selama dua hari sehingga esok melibatkan 59 agensi dengan menawarkan lebih 1,000 pekerjaan selain peluang melanjutkan pelajaran. -- Bernama



Tags / Kata Kunci: USM , GST , Omar Osman
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan