GST: Resit Bertulis Tangan Dibenar Hanya Jika Ada Masalah Teknikal

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 10:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilik perniagaan yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya dibenar mengeluarkan invois cukai atau resit bertulis tangan dalam keadaan tertentu sahaja termasuk semasa berlaku masalah teknikal.

Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T.Subromaniam berkata kebenaran mengeluarkan resit secara manual itu hanya dibenarkan bagi tempoh sementara sehingga masalah teknikal diselesaikan.

"Sepatutnya memang bercetak. Cuma kadang-kala mesin rosak, sistem tidak berfungsi, atau ketiadaan elektrik. Jadi dalam keadaan itu kita benarkan, (tetapi) secara sementara sahaja.

"Bukan kita bagi kelulusan mengeluarkan resit secara tulis tangan sampai bila-bila," katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas kekeliruan pengguna berhubung pemberian resit dan invois cukai daripada peniaga sama ada dibenarkan secara bertulis atau secara elektronik sahaja.

Subromaniam berkata resit tulisan tangan itu harus dalam bentuk pracetak yang menyertakan butiran seperti alamat, nama syarikat dan nombor pendaftaran GST.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya memohon resit selepas melakukan pembelian bagi mengelak sebarang masalah.

"Pelanggan nak resit. Jadi peniaga tidak boleh kata mereka tidak boleh keluarkan resit (walaupun jika ada masalah teknikal)," kata Subromaniam.

Malaysia mula melaksanakan GST sejak Rabu lepas, yang dilihat sebagai satu pembaharuan penting dalam usaha memperkukuh ekonomi negara dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Pada kadar GST enam peratus - kadar yang paling rendah dalam kalangan negara ASEAN - kerajaan menyasarkan hasil dikutip akan digunakan untuk pembangunan dan meningkatkan infrastruktur sosial rakyat.

Tags / Kata Kunci: GST , CBP , Kastam

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan