Malaysia Kutuk Serangan Militan Di Kenya

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 1:54 PM

Pelajar Universiti Garissa yang trauma dan cedera dibawa ke Hospital Nairobi untuk mendapakan rawatan lanjut.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Jumaat mengutuk serangan militin terhadap sebuah universiti timur laut Kenya, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 147 orang terbunuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menolak perbuatan ekstremisme yang dilakukan atas nama Islam.

"Islam adalah agama yang mengutamakan keamanan, toleransi  and  rasa hormat," kata Najib dalam catatan dalam akaun Twitter beliau.

Reuters melaporan lelaki bersenjata daripada kumpulan militan Al Shabaab merempuh masuk ke kampus Universiti Garissa dalam serangan pada waktu subuh dan membunuh sekurang-kurangnya 147 orang pada Khamis.

Dilaporkan serangan itu berlaku hampir 15 jam selepas empat lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam kampus itu.Empat lelaki bersenjata itu, badan mereka dipasang dengan bahan letupan, telah dibunuh, menurut seorang pegawai Kenya.

Al-Shabaab, yang melakukan serangan maut di pusat beli-belah Westgate di Nairobi pada 2013, mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan di kampus itu.





Tags / Kata Kunci: Kenya , militan , Universiti Garissa

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan