GST: Kantin Sekolah Di Kulim Naik Harga

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 7:10 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebuah sekolah di Kulim Kedah, mengeluarkan notis kepada waris berhubung kenaikan harga makanan di kantin antara 10 dan 20 sen selaras dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Kenaikkan itu akan bermula 5 April ini.

Pengetua sekolah berkenaan berkata, kenaikan tersebut adalah dibenarkan berdasarkan perjanjian antara pihak sekolah dan operator kantin.

"Pihak sekolah ingin memaklumkan kepada pihak ibu bapa dan waris dan berharap kerjasama mengenainya dapat diberikan," katanya.

Di Pulau Pinang, Pengetua Sekolah Penang Free School, Jalil Saad berkata, operator kantin tidak akan menaikkan harga jualan makanan walaupun GST sudah dilaksanakan.

Katanya, pihak pengusaha kantin masih mengekalkan harga makanan seperti yang dipersetujui sebelum ini.

"Pengusaha kantin tidak boleh menaikkan harga begitu sahaja, mereka perlu buat penjelasan jika mahu buat demikian," katanya.

Selain itu pemeriksaan di beberapa buah sekolah seperti Sekolah Menengah Perempuan St.George, SMK Bukit Jambul, Sekolah Menengah Jit Sin, Sekolah Menengah (Persendirian) Chung Ling dan Sekolah Menengah (Persendirian) Perempuan Cina Pulau Pinang juga mendapati tiada kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Osman Hussain berkata kesemua guru besar dan pengetua sekolah diarahkan supaya memantau harga makanan di kantin sekolah masing-masing.

"Kantin sekolah tidak terlibat dengan GST dan pengusaha kantin tidak boleh menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: GST , Kantin Sekolah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan