Bekalan Air Kembali Pulih Di Tiga Daerah - Berita Semasa | mStar

Bekalan Air Kembali Pulih Di Tiga Daerah

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Loji rawatan Sungai Johor kembali beroperasi kira-kira pukul 9 pagi Jumaat, sehari selepas ia ditutup akibat tumpahan minyak.

Loji rawatan air tersebut dan sebuah lagi loji di Semangar ditutup pada Khamis akibat tumpahan minyak yang dikesan di Sungai Johor menyebabkan hampir 500,000 pengguna di Johor Baru, Kulaijaya dan Nusajaya terjejas.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor, Jamaluddin Jamal berkata loji rawatan air Semangar masih ditutup kerana bau minyak diesel masih dapat dikesan.

Jelasnya, pengguna akan mendapat bekalan air secara berperingkat dari loji rawatan air Sungai Johor pada Jumaat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi hotline Pusat Maklumat SAJ di talian 1800-88-7474 atau emel ke customer.care@saj.com.my.
Tags / Kata Kunci: tumpahan minyak , Sungai Johor
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan