Amalan Polis Gari Tahanan Wajib Ikut SOP

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 9:41 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun ramai mempertikaikan tindakan menggari lima editor sebuah portal berita awal minggu ini, ia adalah prosedur standard yang diamalkan di Malaysia dan beberapa negara lain.

Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, dimana seorang wanita digari dan dipenjarakan kerana tidak memakai tali pinggang keledar, Mahkamah Agungnya memutuskan polis berkuasa untuk menggari individu yang melakukan kesalahan kecil.

Peraturan sama digunakan di Kanada membabitkan seorang kanak-kanak autistik berusia sembilan tahun digari oleh pihak berkuasa.

Peguam Fahri Azzat bagaimanapun merasakan hakikat bahawa amalan peraturan tersebut di negara lain adalah tidak masuk akal.

"Amalan menggari tertuduh adalah permohonan tidak konsisten berdasarkan anggapan tidak bersalah.

"Sehingga tertuduh disabitkan, anda tidak boleh memanggil individu tersebut sebagai penjenayah. Anda tidak patut melayannya seperti seorang penjenayah," kata Fahri.

Beliau berkata seseorang itu tidak perlu digari melainkan ada alasan kukuh seperti dia ada sejarah meloloskan diri atau jika tertuduh mencuri pistol pegawai polis.

"Namun jika mereka tampil dengan rela hati, apa gunanya menggari mereka," katanya.

Fahri juga berkata jenayah kolar putih seperti penipuan dan menghasut tidak mengharuskan penggunaan gari.

"Mereka bukan seseorang yang melakukan suatu keganasan. Ia adalah kesalahan intelektual, jadi mengapa perlu menggari mereka?," soalnya.

Beliau berkata Kanun Tatacara Jenayah menetapkan apabila dan bagaimana seseorang itu ditahan tetapi tidak memaklumkan mengenai amalan menggari tertuduh.

"Ia adalah amalan biasa bagi polis di Malaysia untuk menggari dan menahan tertuduh ketika ditangkap.

"Tertuduh biasanya dimasukkan di dalam lokap semalaman sementara polis memohon perintah reman. Lokap adalah bilik biasa yang dipasang geriji besi. Ia tidak selesa, tiada hiburan, tiada akses ke dunia luar dan dilengkapi tandas (kongsi) terbuka," katanya.

Tertuduh akan digari sekali lagi apabila mereka dibawa ke mahkamah.

"Mereka kemudiannya akan duduk di dalam kandang tertuduh sepanjang perbicaraan dan ia membuatkan mereka kelihatan seperti penjenayah. Ia memberi andaian bahawa mereka bersalah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh berkata amalan menggari individu yang ditahan sentiasa menjadi sebahagian daripada prosedur operasi standard polis (SOP).

"Ia adalah SOP kami untuk menggari sesiapa sahaja yang ditahan, sama ada mengiringi mereka ke balai polis atau mahkamah.

"Tiada layanan khas diberikan kepada sesiapa sahaja kerana kami menjalankan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya ketika dihubungi.

Malah, menurut Amar, tindakan boleh diambil terhadap anggota polis yang gagal menggari individu dibawah tahanan mereka.

"Kami mempunyai SOP yang jelas, tanpa mengira apa jua kesalahan," katanya.


Tags / Kata Kunci: gari , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan