69 Kesalahan Berkaitan GST, 43 Kes Pencatutan Dikesan

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 11:02 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 69 kesalahan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) setakat ini, melibatkan empat jenis kesalahan.

Pengarah Bahagian GST JKDM Datuk T. Subromaniam berkata kesalahan tersebut ialah premis tidak berdaftar mengenakan GST (30), peniaga berdaftar mengeluarkan invois tidak mematuhi spesifikasi (29), premis tidak mengeluarkan invois (sembilan) dan premis mengenakan GST ke atas jualan berkadar sifar (satu).

Beliau berkata mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 96 Akta CBP 2014 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kami memandang serius kesalahan-kesalahan tersebut terutama premis tidak berdaftar mengenakan GST dan akan ada pendakwaan tidak lama lagi. Siasatan juga sudah dimulakan," katanya pada sidang media harian mengenai GST bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad, di sini, Jumaat.

Sementara itu, Alias berkata sebanyak 43 kes berkaitan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dikenal pasti untuk siasatan, selain 60 notis tunjuk sebab turut dikeluarkan daripada pemeriksaan ke atas 14,251 premis perniagaan.

Selain itu, beliau berkata aduan dan pertanyaan yang diterima melalui portal e-ADUAN setakat ini berjumlah 1,728, panggilan (1,248), laman sosial Facebook (417) dan Twitter (324).

"Daripada aduan di laman sosial, kami mendapati pertanyaan mengenai maklumat GST sebanyak 30 peratus, perihal kad prabayar (24 peratus), kenaikan harga (18 peratus), caj perkhidmatan (18 peratus) dan isu lain (10 peratus)," katanya.

Beliau berkata aplikasi MyKira GST semakin popular dalam kalangan pengguna melibatkan 39,710 penggunaan dengan 7,449 barangan berada dalam julat harga sepatutnya, manakala 14,139 di luar julat.

Beliau juga menasihatkan pengguna menyemak harga sebelum membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan terus membuat aduan kepada KPDNKK jika terdapat harga dipaparkan melebihi harga sepatutnya.

Dalam pada itu, Subromaniam memaklumkan pendaftaran syarikat di bawah GST terus meningkat dengan 2,529 mendaftar pada hari kedua cukai itu dilaksanakan, menjadikan jumlah keseluruhan 367,391 syarikat.

Subromaniam berkata hanya 59 tuntutan berjumlah RM7,039.32 dibuat oleh pelancong di kaunter Verifikasi Pembayaran Balik GST di bawah Skim Pembayaran Balik Pelancongan (TRS).

"Barangkali mereka (pelancong) tidak tahu di mana mereka patut membeli barang supaya mereka layak tuntut semula GST yang dikenakan ke atas mereka," katanya.

Beliau berkata setakat ini hanya 707 premis mempunyai kemudahan mengeluarkan borang tuntutan TRS yang diperkenal untuk memudahkan pelancong asing menuntut kembali jumlah CBP yang dibelanjakan ke atas barangan dibeli.

Ditanya sama ada premis berdaftar perlu memaparkan sijil GST, Subromaniam berkata kaedah itu tidak digalakkan kerana sijil terlalu mudah untuk dipalsukan.

"Sedangkan kad pengenalan pun boleh dipalsukan inikan pula sijil. Buat masa ini, orang awam boleh menyemak nombor pendaftaran premis di laman web kastam kerana pendekatan itu lebih terjamin," katanya.

Tags / Kata Kunci: GST , CBP

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan