Simpan Resit Untuk Tuntut Bayaran Balik Jika Tersilap Dikenakan GST - Kastam

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 9:10 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga surat khabar dan tambah nilai pra bayar telefon bimbit tidak akan naik dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sesiapa yang telah dikenakan cukai untuk barang-barang ini boleh mendapatkan bayaran balik jika mereka mempunyai resit.

Beberapa kedai telah menjual surat khabar dengan caj GST dan sebuah rangkaian kedai serbaneka telah diberikan nota amaran untuk menyusun semula sistem pada mesin pengiraan GST mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata kekeliruan mungkin disebabkan gangguan komputer dan pengurusan kedai perlu menangani kelemahan ini dengan serta-merta.

"Jika kita mendapati bahawa mereka (peniaga) dengan sengaja mengelak daripada melaksanakan GST dengan betul, kita akan mengambil tindakan. Kami mempunyai mekanisme untuk mengenal pasti siapa yang dengan sengaja atau tidak sengaja gagal melaksanakan GST dengan betul," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong juga menerima beberapa aduan daripada orang ramai yang terpaksa membayar cukai enam peratus GST untuk surat khabar yang dibeli.

"Akhbar berkadar sifar. Ini bermakna GST tidak boleh dikenakan ke atas surat khabar yang dibeli di mana-mana sekali pun," katanya di Facebook sambil menggesa orang ramai menyimpan resit untuk mendapatkan bayaran balik.

Kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad, kemudian memohon maaf di atas 'kesilapan sistem mesin' yang menyebabkan berlakunya kesilapan seperti itu.

“Bagi sesiapa yang menerima kesan pada hari ini, kami hargai jika anda boleh menghubungi  dengan menggunakan facebook atau e-mel rasmi 7-Eleven Malaysia dengan maklumat anda (e-mel dan nombor telefon bimbit) untuk kami membetulkan kesilapan ini.

“Sekali lagi kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan kami berikutan kesilapan teknikal dalam sistem kami ini,” kata 7-Eleven.

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Datuk GST Subromaniam Tholasy juga berkata beberapa syarikat telekomunikasi telah disiasat kerana menaikkan harga kad tambah nilai prabayar sebanyak enam peratus, melanggar arahan daripada Jabatan Kastam.

"Sebelum GST, harga kad tambah nilai perkhidmatan prabayar sudah termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) enam peratus.

"Sekarang GST telah menggantikan SST, kadar cukai tetap sama. Kadar cukai yang sama tetapi dengan nama yang berbeza.

"Bagi kad tambah nilai yang berharga RM10, cukai enam peratus telah diserap dan tidak perlu ditambah kepada RM10.60.

"Kami telah menghantar surat kepada semua syarikat telekomunikasi, memberitahu mereka untuk tidak menaikkan harga kad pra-bayar selepas GST. Walau bagaimanapun, satu atau dua syarikat telekomunikasi telah menentang arahan kami, jadi syarikat-syarikat ini akan disiasat," kata Subromaniam pada sidang akhbar di bangunan Kementerian Kewangan.

Maxis dan DiGi, dua daripada syarikat telekomunikasi terbesar di negara ini telah mengesahkan peningkatan harga. Harga untuk kad tambah nilai prabayar RM10 kini berharga RM10.60.

Maxis mencatatkan di ruangan FAQ pada laman web rasminya bahawa pelanggan didakwa tidak pernah dikenakan caj SST untuk tambah nilai prabayar sebelum ini.

Jurucakap DiGi berkata: "Memandangkan kad pra-bayar adalah berkadar sifar atau pun dikecualikan GST, kami dikehendaki oleh undang-undang untuk mengenakan dan memungut cukai enam peratus GST. Pada masa lalu, harga produk prabayar tidak mengandungi SST."

Walau bagaimanapun, sumber industri mendedahkan bahawa SST sebelum ini telah diserap oleh syarikat telekomunikasi dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan pelan prabayar.
Tags / Kata Kunci: GST , resit GST

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan