GST: Pelanggan Di Kedai Makan Tidak Kisah Bayar 'Lebih Sedikit'

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 9:43 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelanggan di pelbagai lokasi makan memberikan tindak balas berbeza sebaik sahaja Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Walaupun terdapat segelintir pelanggan yang tidak kisah untuk membayar bayaran tambahan, majoriti pelanggan telah membuat penelitian terhadap bil masing-masing bagi melihat berapa banyak lebihan yang perlu dibayar oleh mereka berbanding bayaran yang dibuat sebelum ini.

Pelanggan di restoran India Muslim yang beroperasi selama 24 jam di sini dilihat membayar bil mereka sebelum tengah malam Rabu untuk mengelak daripada membayar GST yang telah dikuatkuasakan pada 1 April.

Mereka yang tidak boleh membuat bayaran sebelum 'tarikh mati' itu bagaimanapun berkata ia bukanlah masalah besar untuk mereka.

"Saya tidak melihat peningkatan yang drastik dalam bil saya ...jadi tak kisahlah," kata seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Leong.

V. Krishnamoorthy, 52, berkata, dia hampir tidak melihat sebarang perbezaan dalam bilnya sehinggalah isterinya menunjukkan perbezaan itu.

"Peningkatan ini adalah kecil. Tidak sampai 20 sen," katanya.

Di outlet dan kedai runcit yang lain, terdapat pelanggan yang bingung dengan kenaikan harga yang "tidak dapat dijelaskan".

Sebagai contoh, harga untuk pek 10 tuala wanita Active Comfort Super Maxi Laurier meningkat kepada RM4.15 dari RM3.40, termasuk GST, di sebuah kedai.

Di George Town, makanan di cawangan rangkaian makanan segera telah meningkat sebanyak hanya 35 sen dengan GST.

Pada Selasa, jumlah bil untuk untuk tiga orang makan adalah RM69.50 berbanding RM69.85, Rabu.

Bil yang diperinci menunjukkan bahawa harga setiap makanan atau minuman dikira dengan mengenakan caj perkhidmatan 10 peratus terlebih dahulu, dan ditambah pula dengan GST 6%.
Tags / Kata Kunci: GST , kedai makan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan