Pelajar Di Sabah Disiasat Dakwa Google Beli Aplikasi Rekaannya

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 3:05 PM

Yusrim mendakwa menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea akhir tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun nampaknya perlu menarik balik gurauan terhadap guru-gurunya yang 'tertipu' bahawa dia telah memenangi anugerah daripada syarikat gergasi internet, Google.


Yusrim Karim memberitahu guru-gurunya di SMK Merpati di Sandakan mengenai pencapaiannya itu, di mana Google telah menafikan dakwaan tersebut.

Tetapi gurauan itu tidak akan diterima baik oleh para pendidik apabila Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip telah mengarahkan siasatan.

"Saya telah meminta Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan memberikan laporan tentang perkara ini," katanya pada Khamis.

Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia Zeffri Yusoff berkata dakwaan remaja itu mengenai anugerah tersebut adalah palsu.

"Cukup malang apabila ia adalah satu salah faham," katanya.

Pada Rabu, pelajar Tingkatan Tiga SMK Merpati memberitahu sekolahnya bahawa dia telah menerima wang tunai AS$50,000 (RM184,910) daripada Google Idea yang mendakwa aplikasi terjemahan ciptaaannya sebagai menakjubkan.

Yusrim mendakwa telah menerima anugerah itu pada Disember lepas dan hanya memberitahu kepada guru-guru baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Google Malaysia , Yusrim Karim

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan