PAS Kuala Nerus Henti Kerjasama Dengan DAP Terengganu, Pusat

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 9:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: PAS Kawasan Kuala Nerus tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP Terengganu dan peringkat pusat, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Shamsuddin.

Beliau berkata PAS Kawasan Kuala Nerus amat kesal dan dukacita dengan keputusan DAP Terengganu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menjadikan hasrat beliau untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke Dewan Rakyat sebagai alasan.

Katanya PAS Kawasan Kuala Nerus menganggap pendirian DAP sama ada di peringkat pusat ataupun negeri yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi pada masa sama meneruskan hubungan dengan parti PAS dan anggotanya umpama mengajak anggota PAS untuk memutuskan hubungan dengan presidennya.

"Kami dengan ini ingin menegaskan bahawa adalah haram bagi PAS Kawasan Kuala Nerus untuk tidak menyokong sebarang usaha bagi meninggikan syariah Allah di muka bumi ini dan tidak akan lagi meneruskan kerjasama dengan DAP pusat dan negeri," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis. 

Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing baru-baru ini menegaskan memutuskan kerjasama dengan Abdul Hadi disebabkan tindakan Anggota Parlimen Marang itu pada 18 Mac lepas mengemukakan notis usul bagi rang undang-undang persendirian itudibentangkan di Dewan Rakyat.  

Rang berkenaan iaitu rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan