Hari Pertama GST: Timbul Pelbagai Masalah

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 8:39 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seperti yang dijangka, terdapat beberapa masalah dan gangguan pada hari pertama Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan pada Rabu.

Antara perkara-perkara yang timbul termasuklah surat khabar yang dikenakan enam peratus cukai, walaupun ia sebenarnya dikecualikan, syarikat telekomunikasi diberi amaran kerana menambah cukai ke atas tambah nilai telefon prabayar, resit yang ditulis dengan tangan kerana premis masih tidak dipasang dengan daftar tunai GST, juga beberapa kedai yang masih tidak mengenakan cukai GST.

Pengguna yang menjangkakan bahawa cukai akan dinilai secara berasingan selepas jumlah bil keseluruhan dikeluarkan terkejut apabila mendapati bahawa GST telah dimasukkan ke dalam harga jualan bersih setiap item.

"Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk menyelesaikan sistem bil kerana ia adalah cara baharu untuk mengira kos pengeluaran makanan. Ini adalah kali pertama saya melihat pembekal ais saya menggabungkan cukai ke dalam bil," kata seorang pemilik restoran mamak.

Terdapat juga kes-kes di mana pengguna melihat jumlah bil mereka jauh lebih tinggi berbanding sebelum dikenakan GST kerana caj perkhidmatan yang berlebihan, sehingga hampir 30 peratus dikenakan.

Ini jelas apabila resit telah dipecahkan kepada jumlah barangan yang telah dibeli pengguna, caj perkhidmatan dan komponen GST.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menulis di Twitter bahawa bil runcit beliau di Pasaraya Besar Giant adalah RM38.67.

Beliau memuji pasaraya itu kerana menunjukkan butiran resit yang jelas dan mudah difahami. "Bagus," tulisnya di Twitter.

Sesuatu resit biasa harus mempunyai pecahan harga barangan individu, jumlah GST dan caj perkhidmatan jika perlu untuk mereka yang makan di restoran. Caj perkhidmatan juga adalah tertakluk kepada GST enam peratus.

Beberapa tempat juga dikenal pasti tidak bersedia untuk sistem cukai yang baharu dan terpaksa menulis resit dengan tulisan tangan. Terdapat juga kedai-kedai yang dikecualikan caj GST kerana daftar tunai tidak dipasang.

Sementara itu Jabatan Kastam di seluruh negara juga sibuk sepanjang hari bagi menjalankan pemeriksaan.

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy berkata pihaknya membuat lawatan ke 480 syarikat untuk memantau pelaksanaan GST sehingga pukul 3 petang semalam dan mendapati bahawa 80 peratus pemilik perniagaan telah mematuhi arahan.

"Sudah tentu terdapat beberapa cacat-cela, tetapi maklum balas umum yang kita dapat daripada pemilik perniagaan adalah kebanyakan pengguna tidak mempunyai aduan mengenai GST. Kita boleh simpulkan bahawa rakyat Malaysia secara umumnya menerima GST," kata Subromaniam, yang mengetuai operasi bersama dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Rabu.

Setiausaha Agung Kementerian Datuk Seri Alias ​​Ahmad memberitahu pemberita mereka menerima 418 aduan pengguna dari pukul 8 pagi hingga 2 petang Rabu.
Tags / Kata Kunci: GST , Jabatan Kastam

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan