Google Malaysia Nafi Beli Aplikasi Rekaan Pelajar Tingkatan Tiga

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 2:49 PM

Yusrim mendakwa menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea akhir tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Google Malaysia menafikan menganugerahkan projek atau pemberian wang tunai kepada seorang remaja yang mencipta aplikasi untuk perkhidmatan mesej Internet yang boleh menterjemahkan bahasa secara serta-merta.

Yusrim Karim,15, yang menghantar aplikasi ciptaannya - Coker Chat untuk Google Idea berkata dia menerima e-mel daripada Google Idea, mendakwa perisiannya sebagai menakjubkan dan menawarkannya peluang untuk bekerja untuk projek bernilai AS$36 juta (RM1333.14 juta) atau wang tunai AS$50,000 (RM184,910).

Pelajar Tingkatan Tiga dari Sandakan itu mendakwa dia telah memilih wang tunai.

Menurut Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia Zeffri Yusoff, cerita itu 'sama sekali tidak betul' dan berkata Idea Google tidak pernah menganjurkan apa-apa pertandingan.

"Saya memeriksa dengan Google Idea dan mereka tidak menghantar sebarang e-mel kepada budak lelaki itu.

"Saya hanya boleh membuat spekulasi buat masa ini. Budak lelaki itu mungkin telah menerima e-mel spam," kata Zeffri ketika dihubungi The Star Online, Khamis.

Google Malaysia turut menghantar satu kenyataan menjelaskan bahawa artikel mengenai seorang pelajar menang Anugerah Google adalah sama sekali salah dari segi fakta.
Tags / Kata Kunci: Coker Chat , Yusrim Karim , Zeffri Yusoff

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan