FBI Sahkan Pengganas Malaysia Mati Dalam Serbuan

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 10:01 AM

Gambar fail, dilaporkan diambil oleh komando polis di dalam sebuah pondok di Barangay (kampung) Tukanalipao, Mamasapano, Maguindanao, menunjukkan mayat pengganas Malaysia Zulkifli Hir @Marwan.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa Zulkifli Hir @Marwan, salah seorang pengganas paling dikehendaki telah terbunuh dalam satu serbuan di Filipina Januari lalu.

Seseorang yang dekat dengan penyiasatan itu berkata FBI dapat mengesahkan kematiannya melalui bahagian analisis DNA jari yang terputus yang dikumpulkan pihak berkuasa Filipina, diambil dari tempat kejadian serbuan negeri yang telah menyebabkan kematian Marwan.

Jari tersebut telah dibawa ke AS di mana ejen-ejen FBI membandingkan DNAnya dengan salah seorang adik-beradiknya dan menemui perkaitan.

Hanya satu jari, bukannya keseluruhan badan yang ditemui dari tempat kejadian kerana berlaku huru-hara selepas serbuan itu di mana 44 komando polis Filipina terbunuh apabila mereka bertempur dengan pemberontak Islam.

Serbuan berakhir dengan gencatan senjata selama tiga tahun.

Jabatan Negara AS telah menawarkan AS$5 juta bagi penangkapan Marwan, seorang anggota kumpulan militan Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda di sebalik beberapa serangan bom di Filipina.

Tiga tahun lalu, tentera Filipina melaporkan bahawa Marwan mati dalam serangan udara, tetapi dia muncul semula tahun lepas di Mindanao di bawah perlindungan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro.

Dalam satu kenyataan, Penolong Pengarah FBI Los Angeles, David Bowdich berkata agensi itu telah mengeluarkan Marwan dari senarai pengganas yang paling dikehendaki dan mengucapkan terima kasih kepada polis Filipina.

"Sekali lagi, anggota FBI lelaki dan wanita mengucapkan takziah kepada pegawai Pasukan Tindakan Khas yang kehilangan nyawa mereka ketika cuba untuk menangkap buruan berbahaya ini," kata Bowdich.
Tags / Kata Kunci: Zulkifli Hir , Marwan , pengganas

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan