BN Lakukan Persiapan Rapi Hadapi PRK Permatang Pauh - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 3:31 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan melakukan  persiapan rapi dalam soal pemilihan calon dan merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, kata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata parti akan membincangkan persiapan bagi menghadapi PRK itu bersama-sama semua pihak terlibat terutamanya dalam soal memilih calon yang berwibawa.

"Kami kena pilih calon yang bagus dalam segala aspek untuk calon yang boleh menang. Kami belum buat perbincangan lagi tapi biasanya kami akan pilih calon setempat, pendekatan itu amalan biasa BN, kami selalu utamakan calon setempat.

"Kami akan cuba yang terbaik, biarlah kami bincang dari segi calon, persiapan dan strategi, mungkin terlalu awal untuk kita buat sebarang ramalan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 16 Mac lepas selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon melalui keluarganya pada 24 Februari lepas.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Semalam, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas berhubung PRK Permatang Pauh pada 8 April ini.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mengekalkan kubu kuatnya di Permatang Pauh, menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail, tetapi majoriti merosot kepada 11,721 undi berbanding pilihan raya kecil 2008 dengan majoriti 15,671 undi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan