Azmin Didesak Perjelas Status Splash

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 9:45 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didesak memberi penjelasan berhubung status pelan pengambilalihan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash), yang sehingga kini masih belum dimuktamadkan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata ini kerana kerajaan negeri mengambil tempoh yang lama untuk mengambil alih ekuiti Splash dalam proses penstukturan semula industri air di negeri ini.

"Malah, tempoh perbincangan pelan pengambilalihan Splash turut dilanjutkan sehingga September ini selain Splash juga telah diberikan lesen operasi air bersih selama setahun," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri, pada Khamis.

Februari lepas, Kerajaan Selangor mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada Splash selama setahun dan tindakan itu bercanggah dengan usaha untuk menjadikan rakyat Selangor sebagai pemilik mutlak industri air apabila penstrukturan dimuktamadkan.

Sementara itu, Sulaiman turut menggesa Dewan Undangan Negeri Selangor mengeluarkan ketetapan menolak sebarang pertikaian serta campur tangan pihak luar terhadap isu agama Islam di negeri itu.

Beliau merujuk kepada tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri DAP Pulau Pinang, Chong Eng yang mengkritik khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Kita mahu dewan buat satu ketetapan tidak bersetuju dengan kenyataan Chong Eng berhubung khutbah Jumaat yang menyentuh mengenai menutup aurat bagi wanita untuk mengelakkan dirogol, baru-baru ini.

"Isu yang disebut dalam khutbah itu telah mendapat semakan dan kelulusan daripada JAIS ... Chong Eng tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan bidang kuasa JAIS yang mengeluarkan khutbah berkenaan," kata Sulaiman.

Pada 9 Februari lepas, Chong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Padang Lalang mengeluarkan ke­nyataan mengkritik JAIS yang didakwanya menyampaikan maklu­mat mengelirukan berhubung aurat wanita dalam khutbah Jumaat bertaju

'Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri'. 

Beliau mendakwa, penekanan JAIS mengenai aurat wanita adalah tidak tepat apabila dilihat menghukum golongan tersebut atas kegagalan menutup aurat sehingga menyumbang kepada kes serangan seksual. 
Tags / Kata Kunci: Splash , Azmin Ali

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan