Adun Canning Diarah Keluar DUN Perak Ingkar Arahan Speaker

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Wakil rakyat pembangkang Wong Kah Woh (DAP-Canning) diarah keluar dewan selepas mengingkari arahan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri SK Devamany supaya tidak mencelah semasa perbahasan Khamis.

Beliau berterusan mencelah ketika Salbiah Mohamed (BN-Temenggor), yang sedang membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, menyelar pembangkang kerana menuduh bantuan banjir tidak diberikan kepada Orang Asli di Tasik Temenggor.

Devamany memberi peringatan beberapa kali kepada Wong supaya tidak mencelah perbahasan itu namun, ia tidak diendahkan wakil rakyat itu.

Akibatnya, Devamany mengarahkan Wong supaya keluar dewan kerana tidak mematuhi arahannya.

Devamany berkata beliau membuat arahan itu mengikut perintah tetap 44 (2) iaitu pengerusi hendaklah memerintahkan mana-mana ahli yang berkelakuan haru biru supaya keluar dengan serta merta daripada dewan sehingga habis persidangan pada hari itu.

"Saya banyak kali memberi amaran kepada YB Canning supaya duduk tetapi dia enggan duduk...saya beritahu tadi tiada laluan, bila tiada laluan, itulah peraturan mesyuarat. Maka saya minta supaya YB Canning keluar. Keputusan saya muktamad," katanya.

Beliau berkata perbuatan Wong akan dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan untuk tindakan lanjut dan wakil rakyat itu dibenarkan menghadiri persidangan DUN esok.

Sementara itu, Salbiah berkata dakwaan pembangkang bahawa masyarakat Orang Asli tidak diberi bantuan atau dipinggirkan oleh kerajaan negeri Perak, adalah satu pembohongan.

"Ini kerana Tasik Temenggor itu kawasan saya, saya tahu apa yang diperlukan dan apa yang kerajaan negeri telah lakukan.

"Bagaimana wakil pembangkang dengan mudah mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta yang dikeluarkan oleh orang-orang mereka yang pergi tanpa mengetahui fakta sebenar," katanya pada sidang berita kemudian.

Tags / Kata Kunci: Adun Canning , Wong Kah Woh

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan