815 Aduan GST Sehingga Semalam - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 1:53 PM

Datuk Ahmad Maslan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 815 aduan diterima mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga Rabu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Khamis.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata daripada jumlah itu, 40 peratus merupakan aduan mengenai pembelian kad tambah nilai prabayar telefon  yang turut dikenakan caj GST.

"Pada ketika saya menjawab soalan ini, pihak Kastam Diraja Malaysia telah memanggil syarikat telekomunikasi untuk memberi keterangan mengenai aduan yang diterima ini.

Jika mereka berdegil tidak mahu mengikut arahan, maka kita akan bawa kes ini ke mahkamah dan ianya akan jadi kes pertama sekiranya masih berdegil," katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Sapawi Amat Wasali (BN-Sipitang).

Sapawi ingin mengetahui jumlah aduan yang diterima setelah CBP dilaksanakan semalam di seluruh negara memandangkan rata-rata rakyat negara ini memuat naik resit pembelian kad tambah nilai prabayar telefon yang dikenakan caj GST di laman media sosial.

Ahmad menasihatkan pembeli menyimpan resit pembelian dan pergi semula ke mana-mana premis perniagaan bagi membuat tuntutan bayaran balik wang yang telah dibayar semasa membeli kad tambah nilai prabayar telefon.

Kepada soalan tambahan yang diajukan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) mengenai tindakan sesetengah syarikat memecahkan akaun bagi mengelak membuat pendaftaran GST, Ahmad berkata: "Strategi yang mereka ambil itu silap".

Katanya, apabila akaun syarikat dipecahkan bagi mengelak untuk mendaftar GST kerana mempunyai pendapatan tahunan di bawah paras RM500,000, maka syarikat berkenaan tidak boleh menuntut cukai input.

"Kalau tidak boleh tuntut, maka kos perniagaan mereka akan meningkat enam peratus berbanding pesaing mereka yang mendaftar GST," katanya.

Ahmad berkata sehingga Rabu, sebanyak 364,862 syarikat telah mendaftar GST.

Mengenai bil perkhidmatan penyelenggaraan rumah kos rendah, Ahmad berkata ianya dikecualikan GSC namun tidak bagi mereka yang tinggal di kawasan komuniti berpagar dan perumahan mewah.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang ingin tahu sama ada bil perkhidmatan penyelenggaraan rumah kos rendah dikenakan GST.

"Sekiranya ada mana-mana Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengenakan GST, maka pengguna boleh lapor ke talian GST 1300-888-500," kata Ahmad.

Beliau berkata menerusi promosi penerangan GST, maklum balas daripada orang ramai turut dikumpul dan majoriti mengakui bahawa kesedaran mengenai cukai itu sudah meningkat berbanding sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: GST , Datuk Ahmad Maslan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan