Wartawan Pakai Serba Hitam Bantah Penahanan Editor TMI

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 5:12 PM

Wartawan yang bertugas di Parlimen memakai pakaian serba hitam sebagai tanda bantahan terhadap penahanan lima pengarang berita portal The Malaysian Insider. Foto Ihsan, Yiswaree Palansamy.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan wartawan pada Rabu berpakaian serba hitam sebagai tanda 'solidariti' membantah penahanan lima pengarang dan ketua pegawai eksekutif portal berita The Malaysian Insider di bawah Akta Hasutan. 

Institute of Journalists Malaysia (IoJ) berkata wartawan memakai pakaian serba hitam sebagai tanda 'solidariti', kerana penahanan tersebut merupakan 'satu serangan terhadap kebebasan media secara keseluruhannya, dan bukannya ke atas satu organisasi berita semata-mata'.

Sementara itu, Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Schave Jerome De Rozario berkata beliau berharap orang awam juga dapat turut menyertai bantahan secara senyap berkenaan.  

"Kami ingin menunjukkan 'solidariti', membantah penahanan lima orang di bawah Akta Hasutan. Kami ingin memperjuangkan kebebasan bersuara yang merupakan satu keutamaan dan wartawan seharusnya bebas menyatakan kebenaran," katanya sambil menambah, mana-mana pihak yang mempunyai isu berbangkit terhadap mana-mana berita yang disiarkan boleh menggunakan saluran undang-undang seperti mahkamah untuk menuntut ganti rugi. 

Wartawan The Star yang bertugas di Parlimen, Yuen Mei Keng berkata media seharusnya bersatu untuk menyatakan sokongan mereka terhadap portal berita berkenaan. 

"Kami di Parlimen pada hari ini memakai pakaian serba hitam kerana kami ingin menegaskan bahawa biarpun mereka merupakan pesaing kami dalam bidang ini, hakikatnya mereka juga merupakan rakan kami dalam industri ini," katanya. 

Tags / Kata Kunci: NUJ , IoJ , solidariti , penahanan wartawan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan