PRK Permatang Pauh: SPR Adakan Mesyuarat Khas Rabu Depan

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada Rabu depan (8 April), kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata, mesyuarat khas itu diadakan berikutan penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.

"Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Mesyuarat khas dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu akan diadakan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR, di sini, disusuli sidang media kemudiannya.

Katanya mesyuarat itu akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh kekosongan kerusi P.44 Permatang Pauh, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian biasa.

"Selain itu, mesyuarat juga akan membincangkan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan," katanya.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh hari ini berkata Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui keluarga anggota Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada 24 Februari lepas, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pandikar Amin, yang menerima surat memaklumkan keputusan petisyen pengampunan diraja itu hari ini, berkata selaras dengan keputusan Lembaga Pengampunan itu, maka Anwar telah hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen pada 16 Mac iaitu sebaik sahaja petisyen bagi pengampunan diputuskan. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: SPR , PRK , Permatang Pauh

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan