Sidang Media GST Diadakan Setiap Hari - Hasan Malek

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengadakan sidang akhbar bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memberi maklumat terkini tentang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada setiap hari, mulai Rabu.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata sidang akhbar pada jam 5 petang di bangunan kementerian di Putrajaya itu antara lain bertujuan memberi maklumat terus kepada rakyat berhubung aduan diterima, jenis aduan, tindakan yang telah diambil dan sedang disiasat.

"Sidang akhbar itu akan dikendalikan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad bersama Pengarah CBP Kastam Datuk Subromaniam Tholasy bagi memberi pencerahan terhadap apa sahaja aduan yang diterima," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barangan di pasaraya Giant di sini, Rabu.

Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Hasan berkata semua maklumat itu diperoleh menerusi Pusat Gerakan Anti Pencatutan yang beroperasi 24 jam dengan dikendalikan 40 petugas secara bergilir-gilir.

Menurut Hasan, pusat gerakan serta sidang akhbar itu akan diteruskan bagi memantau situasi semasa pelaksanaan CBP sehingga ia benar-benar difahami dan tidak wujud kekeliruan atau pihak mengambil kesempatan.

Justeru, Hasan menggalakkan pengguna di seluruh negara menggunakan sebaiknya pusat gerakan bagi mengemukakan apa sahaja aduan dan kekeliruan mengenai pelaksanaan CBP termasuk aduan peniaga menjadikan CBP sebagai alasan menaikkan harga jualan.

Pengguna boleh menghubungi talian hotline 1-800-886-800 atau 03-88826245 dan 03-88826088 serta merujuk ke ibu pejabat KPDNKK di setiap negeri, katanya.

Sementara itu, Jainab berkata senarai harga di dalam buku panduan harga untuk pengguna itu perlu diiklankan di dalam akhbar selain memaparkan kesemua harga barangan itu di hadapan pintu masuk pasar raya.

Beliau juga mengingatkan semua pengusaha atau pemilik kedai runcit khususnya yang berada di kawasan luar bandar supaya tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sehingga membebankan pengguna.

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , GST

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan