Nilai Ringgit, Kos Operasi Juga Punca Harga Barang Naik - Peniaga

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 7:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan peniaga yang berhadapan pelbagai situasi menjelang hari pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menganggap sistem percukaian itu bukan faktor tunggal berlakunya kenaikkan harga barangan.

Berdasarkan tinjaun mStar Online di ibu negara pada Rabu, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) serta kos operasi yang meningkat juga dilihat antara punca peniaga terpaksa menaikkan harga barangan.

Peniaga kain, Norshamsina Sulaiman, 47, menjelaskan, peniaga terpaksa menaikkan harga barangan kerana kos operasi seperti sewa kedai dan kos membeli barangan dari pembekal semakin tinggi.

"Kos barangan yang perlu dibayar kepada pembekal semakin tinggi akibat kejatuhan nilai matawang (RM) dan sewa kedai yang semakin meningkat berikutan pelaksanaan GST.

Shamsina juga berkata, perniagaannya semakin merosot kerana orang ramai takut akan dikenakan harga yang mahal.

"Rata-rata pelanggan yang mengunjungi kedai kami datang menggunakan pengangkutan awam, tetapi apabila bayaran yang dikenakan untuk pengangkutan awam meningkat dan ditambah pula kenaikkan harga barangan membuatkan kedai kami semakin kurang dikujungi," katanya.

Seorang lagi peniaga yang enggan dikenali, berpendapat adalah lebih baik jika GST dikenakan ke atas barangan mewah dan berjenama supaya ia tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

"Walaupun perlaksanaan GST ini dilihat untuk pembangunan negara, tetapi ia juga membebankan rakyat berpendapatan rendah."

"Kerajaan sepatutnya mengenakan GST ke atas barangan yang mahal sahaja kerana ia dibeli orang berkemampuan, sedangkan pelanggan kami berpendapatan rendah," kata beliau.

Walaupun ramai menganggap tindakan kerajaan melaksanakan GST ini membebankan rakyat, ada juga yang menganggap pelaksanaan ini akan membawa kebaikkan kepada negara dan orang ramai.

Selain itu, Abu Osman Siruh, 62 pula berpendapat langkah yang diambil kerajaan itu wajar dalam meningkatkan ekonomi negara dan orang ramai hanya tahu menunding jari kepada kerajaan atas kenaikkan harga barangan.

"Orang ramai menyalahkan kerajaan apabila harga barangan meningkat pada hal kerajaan hanya mengenakan cukai enam peratus, jadi pembekal dan pengeluar yang perlu bertanggungjawab atas kenaikkan itu," kata beliau.







Tags / Kata Kunci: GST , ringgit , Norshamsina Sulaiman

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan