PM Najib Tinjau Pelaksanaan GST

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 6:47 PM

Perdana Menteri menunjukkan resit barangan yang dibelinya ketika tinjauan GST di Giant Kota Damansara, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  meninjau pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan impak harga barangan kepada pengguna di pasar raya Giant di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Dalam entri Facebooknya, beliau menulis: "Saya lihat harga barang di sini berpatutan dan barangan keperluan asas berkadar sifar seperti yang ditetapkan Kerajaan,".

Najib tiba kira-kira pukul 4.50 petang dan dilihat mengambil bakul untuk membeli beberapa barang keperluan seperti ubat gigi dan Milo.

Terdapat lima keping gambar dimuat naik di dalam Facebooknya, antaranya sedang membeli barangan, menunjukkan resit dan bergambar serta bersalaman dengan orang ramai di pasar raya itu.

Malaysia mula melaksanakan GST pada Rabu yang dilihat sebagai satu pembaharuan penting dalam usaha memperkukuh ekonomi negara dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Langkah itu menyaksikan Malaysia menyertai barisan lebih 160 negara di dunia yang telah memperkenalkan GST, termasuk tujuh negara rantau Asia Tenggara yang menganggotai Asean.

Pada kadar GST enam peratus - kadar yang paling rendah dalam kalangan negara Asean - kerajaan menyasarkan hasil dikutip untuk kegunaan pembangunan dan meningkatkan infrastruktur sosial.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , GST , Kota Damansara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan