Pemimpin Pembangkang Terkejut

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 7:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pimpinan pakatan pembangkang terkejut dengan pengisytiharan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seolah-olah tidak bersedia dengan perkembangan terbaharu itu, wakil rakyat pembangkang mahu semua pihak memberi ruang kepada kepimpinan tertinggi parti untuk menentukan tindakan susulan berhubung perkara itu.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi merancang langkah yang perlu diambil, termasuk calon yang akan diberi tanggungjawab mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Ini adalah sesuatu yang mengejutkan, jadi pimpinan atasan akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin untuk menentukan apa yang akan dilakukan seterusnya.

"Memandangkan berita ini pun baru sahaja diketahui, beri kami sedikit ruang (tentukan calon),” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Pada Rabu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas petisyen rayuan pengampunan Anwar ditolak.

Keputusan itu sekaligus bermaksud hukuman penjara bagi tempoh lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar hendaklah diteruskan.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, parti itu akur dengan keputusan yang menolak petisyen rayuan keluarga Anwar berhubung sabitan kes liwatnya.

"Speaker telah memberikan keputusan, kami akur dengan undang-undang dan kami akan susun strategi yang perlu dilakukan selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata, PKR sedia untuk berhadapan pilihan raya kecil Permatang Pauh walaupun tanpa Anwar.

“Kerusi itu kerus PKR, jadi kita akan bincang untuk tentukan calon. Kita ada banyak calon, senarai itu sampai penuh. Tidak setanding Datuk Seri Anwar, tetapi dekat-dekatlah.

"Kita akan bermesyuarat di peringkat PKR dulu baru bersama Pakatan Rakyat,” katanya.

Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar turut melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Lembaga Pengampunan Diraja berhubung rayuan Anwar yang disifatkannya dibuat dalam masa yang singkat.

“Saya terkejut dengan Lembaga Pengampunan Diraja yang mudah menolak petisyen. Sepatutnya Lembaga Pengampunan Diraja ambil masa lebih lama.

“Lembaga itu juga harus meneliti secara lebih menyeluruh tentang kepentingan dan keperluan yang perlu dibuat dengan mengenang jasa yang tak boleh dinafikan oleh Anwar kepada pembangunan negara kita sejak berada dalam Kabinet,” katanya.


iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan