GST: KPDNKK Keluar Tujuh Notis Siasatan

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengeluarkan tujuh notis tunjuk sebab kepada peniaga dan syarikat berhubung aduan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Rabu.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, peniaga dan syarikat diberikan tempoh tiga hari bermula hari ini untuk memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Daripada tujuh notis itu, beliau berkata empat adalah berkaitan aduan kad tambah nilai prabayar manakala tiga lagi berkaitan tanda harga.

"Selepas tiga hari tempoh itu, jika didapati bersalah ia akan ditentukan sama ada mengikut Akta Anti Pencatutan 2011 atau Akta Perihal Dagangan 1972," katanya pada sidang media mengenai GST di sini, Rabu.

Sidang media bersama itu juga melibatkan Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T.Subromaniam.

Alias berkata, pihak KPDNKK akan mencadangkan penalti maksimum kepada individu atau syarikat yang didapati bersalah mengaut keuntungan berlebihan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Katanya, seorang individu boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, manakala syarikat boleh dikenakan denda RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua.

Menjelaskan perkara ini, Subromaniam berkata, GST tidak boleh dikenakan terhadap mana-mana kad tambah nilai prabayar kerana cukai telah diserap dalam setiap kad itu.

"Sebelum pelaksanaan GST, cukai perkhidmatan enam peratus dikenakan dalam setiap kad itu. Apabila GST dilaksanakan, sepatutnya harga kad prabayar tiada perubahan.

"Surat telah dikeluarkan kepada semua syarikat telekomunikasi agar tidak menaikkan harga kad prabayar. Namun, ada satu dua syarikat tidak mengikuti peraturan ini. Perkara ini sedang disiasat oleh JKDM dan KPDNKK," katanya.

Bagaimanapun, Subromaniam berkata, penambahan 'talk-time' oleh pengguna tidak tertakluk kepada syarat itu bermakna GST berkadar standard akan dikenakan.

Sementara itu, Alias berkata, Pusat Gerakan Antipencatutan (PGAP) menerima 419 aduan dan pertanyaan mengenai GST dari pukul 8 pagi hingga 2 petang tadi.

Katanya, 33 peratus daripadanya berkaitan isu tambah nilai prabayar, manakala aduan berkaitan kenaikan harga barang sebanyak 24 peratus.

"Selain itu antara pukul 8 pagi hingga 3 petang tadi, aplikasi MyKira GST  diakses sebanyak 10,696 kali, dan didapati harga barang dalam julat sepatutnya adalah sebanyak 2,064 dan di luar julat adalah sebanyak 4,774," katanya.

MyKira GST yang dilancarkan pada Isnin membolehkan pengguna membuat semakan segera impak GST terhadap lebih 10,000 barangan.

Dalam pada itu, Subromaniam pula berkata JKDM menerima lebih 800 aduan dan pertanyaan mengenai GST hari ini, dengan isu paling popular adalah peniaga mengenakan GST tetapi tiada nombor pendaftaran 12 digit pada resit.

"Ada juga pertanyaan mengenai syarikat ada nombor pendaftaran GST tetapi pelanggan tidak dikenakan GST dan apabila ditanya, didapati sistem GST belum diaktifkan," katanya.

Selain itu, katanya sehingga 3 petang tadi operasi pematuhan GST dan pencatutan yang dilaksanakan bersama JKDM dan KPDNKK telah melawat 480 syarikat dan mendapati lebih 90 peratus menepati peraturan ditetapkan.

"Satu berita baik yang diterima, rata-rata peniaga menyatakan pelanggan mereka tidak membuat aduan mengenai GST kecuali ada satu kes pelanggan tidak berpuas hati dan ini menunjukkan rakyat Malaysia sebenarnya telah menerima GST," katanya.

Pengguna dinasihatkan untuk meminta resit setiap kali membuat pembayaran dan memeriksa nombor pendaftaran GST syarikat, manakala sebarang aduan atau pertanyaan boleh diajukan kepada PGAP melalui talian hotline 1-800-886-800 atau JKDM di talian 1-300-888-500. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: GST , KPDNKK , notis

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan