GST: MP Langkawi Dikecam Gara-Gara Komen 'Pindah Ke Bulan'

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 4:42 PM

Nawawi Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dikecam kerana mencadangkan mereka yang enggan membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang baharu diperkenalkan agar berpindah dan tinggal di bulan. 

Menurut posting yang dimuat naik di laman blog, omakkau.blogspot.com, Ketua Umno Bahagian Langkawi itu didakwa membuat cadangkan tersebut sebagai membalas komen yang dibuat oleh Ridz Black di akaun Facebook peribadinya miliknya pada pukul 8.54 malam Selasa.

"Tak mau bayar cukai pi dok di bulan. Memang kerajaan hidup atas cukai pada rakyat termasuk di Kelantan." 

Dalam jawapan balas yang berbeza kepada Mirzza GlobalFotografi, pada pukul 8.55 malam, Nawawi dikatakan menjawab: "GST membantu negara dan akhirnya membantu rakyat. Kalau negara bankrap maka rakyat pun mampus."

Bagaimanapun, semakan di akaun Facebook Nawawi tidak dapat mengesan komen yang dimuat naik di blog berkenaan. 

Tahun lalu, Nawawi turut mengundang kontroversi dengan memuat naik gambar Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dalam keadaan berlumuran darah selepas maut dalam kemalangan jalan raya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan