Lembaga Pengampunan Tolak Petisyen Anwar Bagi Pengampunan Diraja - Berita Semasa | mStar

Lembaga Pengampunan Tolak Petisyen Anwar Bagi Pengampunan Diraja

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 10:20 AM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan menolak petisyen yang dibuat oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi ketua pembangkang itu berhubung sabitannya terhadap kes liwat.

Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh memberitahu mahkamah pada Rabu bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu menolak permohonan yang dibuat oleh keluarga Anwar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pada Rabu.

Penolakan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan itu bermakna Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, Bernama melaporkan Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Amarjeet Singh berkata, berikutan keputusan lembaga pengampunan itu, mahkamah telah menolak permohonan Ketua Pembangkang itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang melarangnya menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Hakim, Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri Amarjeet Singh dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan