40 Kes Pesakit Bunuh Diri Di Hospital Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 40 kes pesakit bunuh diri dilaporkan di hospital kerajaan daripada 2012 hingga tahun lepas, berdasarkan  sistem pengawasan dalaman Kementerian Kesihatan, Sistem Pelaporan dan Pembelajaran Insiden.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan hari ini berkata pesakit yang bunuh diri dan cubaan membunuh diri adalah kejadian malang yang berlaku di hospital berdasarkan faktor seperti keadaan klinikal pesakit, keselamatan persekitaran, budaya keselamatan, wad yang sibuk, kakitangan yang tidak cekap dan kurang memahami keselamatan pesakit.

KKM berkata ia memandang serius perkara itu walaupun bilangan kes adalah sangat kecil berbanding jumlah kemasukan pesakit di hospital KKM.

Sehubungan itu, ia berkata KKM menghasilkan Garis Panduan mengenai Pengurusan Risiko Bunuh Diri di hospital untuk menangani isu itu.

Kementerian juga telah menambahbaik kecekapan Sistem Pelaporan Insiden dengan mewujudkan aplikasi Sistem Laporan Insiden Dalam Talian (e-IR), memandangkan adalah penting bagi kementerian untuk memantau dan belajar daripada kejadian itu untuk mengelakkan insiden sama daripada berulang.

Garis panduan dan e-IR itu dilancarkan 30 Mac lepas sempena Seminar Keselamatan Pesakit mengenai Pengurusan Risiko Bunuh Diri di Hospital," katanya.

Tags / Kata Kunci: KKM , Hospital Kerajaan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan