Hospital Shah Alam Siap Selepas Tujuh Tahun Terbengkalai

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembinaan Hospital Shah Alam (HSA) yang tertangguh sejak 2010 telah siap sepenuhnya dan dijangka beroperasi secara berperingkat mulai Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, pembinaan hospital itu diambil alih kontraktor baharu iaitu Gadang Engineering (M) Sdn Bhd daripada kontraktor asal Sunshine Fleet Sdn Bhd yang gagal menyiapkan bangunan tersebut sejak 2007.

"Setelah pembinaan selama tujuh tahun empat bulan, maka pada penghujung Jun ini Kementerian Kesihatan Malaysia dijangka akan menerima bangunan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen, Rabu.

Mengulas mengenai kontraktor, Nur Jazlan berkata kerajaan telah bertindak menyaman syarikat berkenaan sebanyak RM68.25 juta kerana kos yang perlu ditanggung dalam tempoh projek itu terbengkalai.

"Syarikat tersebut menerima projek itu pada November 2007 dan sepatutnya siap dalam masa tiga tahun. Namun pada September 2010, Jabatan Kerja Raya telah menamatkan kontrak tersebut dan pada waktu itu hanya 27 peratus dengan perbelanjaan RM139.9 juta yang siap," katanya.

Beliau berkata kegagalan syarikat asal menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan berkemungkinan disebabkan mereka kurang mahir dalam pembinaan bangunan hospital.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Hospital Shah Alam , Nur Jazlan Mohamed , PAC

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan