Harga Ubat Tradisional Dijangka Berubah, Ubat Moden Ditetapkan Selepas GST

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 9:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga ubat-ubatan tradisional Cina dijangka akan mengalami perubahan tidak menentu meskipun selepas dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia turut bergantung kepada kadar tukaran mata wang asing.

Tinjauan Bernama di kedai farmasi dan ubat-ubatan tradisional sekitar Lembah Klang mendapati peniaga sudah mula mempamerkan harga baharu pada ubat-ubat tertentu yang dikenakan GST.

Pemilik sebuah kedai ubat tradisional Cina di Sri Gombak, Chong Yii, 43, berkata, oleh kerana kebanyakan ubat-ubatan yang dijualnya diimport dari China, harganya lebih bergantung kepada kadar tukaran mata wang negara tersebut.

"Jika mata wang Yuan naik, maka harga kami barulah naik dan turun jika sebaliknya.

"Tidak seperti ubat-ubatan moden yang telah ditetapkan selepas GST, ubat-ubatan kami mungkin akan naik atau turun bergantung kepada pasaran di China," katanya.

Pekerja sebuah farmasi Michael Tan, 21, berkata pihaknya hanya mempamerkan senarai ubat-ubatan tertentu yang tidak dikenakan GST.

"Misalnya ubat batuk dan panadol, ubat-ubatan sedemikian tidak dikenakan GST.

"Namun kami terpaksa merujuk kepada senarai harga terbaharu selepas GST setiap kali pelanggan membuat bayaran di kaunter kerana masih ramai lagi pelanggan yang keliru dengan pelabelan kami di rak dan resit yang dikeluarkan," katanya.

Bagaimanapun wujud kekeliruan dalam kalangan peniaga dan pembeli di kedai-kedai farmasi dan ubat-ubatan terhadap harga baharu selepas dikenakan GST gara-gara sistem perlabelan harga masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Jurujual di sebuah farmasi, Maslina Ahmad, 30, berkata meskipun pihaknya telah mengasingkan stok yang dikenakan dan tidak dikenakan GST sejak seminggu lalu, namun mereka masih keliru dengan senarai harga baharu yang dihantar pembekal.

"Seminggu sebelum perlaksanaan GST, kami telah beberapa kali mendapat senarai kemas kini harga barangan selepas GST dan ia sangat mengelirukan kerana sering berubah dan tidak menentu.

"Kami tidak berani untuk menggunakan mesin juruwang kami kerana masih belum dikemas kini dan terpaksa mengeluarkan resit dalam tulisan tangan kepada pelanggan," katanya.

Suri rumah, Azielina Amir, 32, berkata terdapat farmasi yang sudah melaksanakan harga selepas GST namun tidak dilabelkannya di rak pameran ataupun dilekatkan pada produk.

"Apabila resit dikeluarkan, saya terpaksa tanya kepada jurujual bagaimana GST dikira dan ada juga premis yang mengeluarkan resit yang tidak menunjukkan GST walaupun barangan itu dikenakan GST," katanya.

Dalam pelaksanaan GST, Lebih 4,000 ubat-ubatan penting dikecualikan daripada GST.

Malaysia mula melaksanakan GST hari ini yang dilihat sebagai satu pembaharuan penting dalam usaha memperkukuh ekonomi negara dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Pada kadar GST enam peratus - kadar yang paling rendah dalam kalangan negara Asean, kerajaan menyasarkan hasil dikutip akan digunakan untuk pembangunan dan meningkatkan infrastruktur sosial rakyat.




Tags / Kata Kunci: GST , ubat tradisional , farmasi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan